Saturday, 9 August 2014

Bacelor Pertanian (Akuakultur) / Bachelor of Agriculture (Aquaculture), UPM

Assalamualaikum,
Ini hanya lah perkongsian saya sebagai pelajar di dalam bidang ini. Jadi pertama kalinya jika ada tersilap dengan perkongsian ini sila sila lah menegur. 

Rata-rata bila menyebut nama akuakultur dan UPM mereka akan katakan bidang pertanian. Tapi mereka sangkakan bidang cucuk tanam. -.-' 
Siap ada lah sorang hamba Allah ni buat buat tahu bila saya bagi tahu kos ni, dia cakap nanti dah besar jual pisang lah ek. Duduk lah kau berpanas tanam pokok pisang. Erkk ~ *Aku senyum je hihi :)

Tahniah bagi yang dapat course ni, sebab course ni kira lain dari yang lain kut. Korang beruntung sebenarnya. hehe

Pelepasan Penyu di Pantai Pengkalan Balak, Melaka dalam Program 14 We Care @ HOPE.

Apa pun perkongsian ini untuk menyelesaikan segala kesulitan dan kepeningan pembaca tentang bidang akuakultur yang akan di pelajari di UPM ni. Ye lah mana tak nya mak bapak mesti bingung dong, bidang apa lah anak aku dapat ni hahaha *kene cucuk tanam ke hapa hahahahaha -.-'  

So,

Apa itu Akuakultur/Aquaculture?
Secara mudahnya istilah Akua tu berkaitan dengan air, manakala kultur adalah merujuk kepada ternakkan hidupan akuatik. Jadi akuakultur adalah satu bidang yg berkait rapat dengan air dan hidupan air. Korang akan belajar pelbagai hidupan pokok akuatik, batu karang, ikan, ketam dan yang berkaitan dengannya. Korang akan belajar tentang hidupan akuatik dari segi aspek karekter mahupun aspek nilai komersial produk yang boleh di hasilkan dari hidupan akuatik. Jadi dah nampak sikit perjalanan bidang korang ni ?

Sesungguhnya korang takkan dapat lari dari air. haha
Kita pun akan belajar kat dalam makmal, bila dah cakap makmal ni macam biasa lah kita akan observe segala macam hidupan akuatik dari pelbagai sudut serta fungsi. Tengok bawah microscope, melukis dan macam-macam lagi. Memang syokk lah cakap kau.


Gambar ketika mengambil sample untuk kursus Ekologi Akuatik (Semestar 1)
di Pusat Sains Marin UPM, Port Dickson.

Apa yang akan di pelajari oleh pelajar boleh lah rujuk  Kursus-kursus Akuakultur. Saya malas nak terangkan satu satu haha.

Tengok bro ni baru baru belajar berenang. hehe
(Hidup xperia tetibe :3)

Tapi yang best nya korang akan belajar kursus ASAS RENANG. Bagi sesiapa yang takut air, masa ni lah nak membina keyakinan diri dengan air. Subjek asas berenang ni WAJIB ye untuk pelajar dalam bidang ni. Satu kelebihan sebenarnya untuk kita ni.

Untuk skema pengajian mengikut sem boleh lah pm saya dekat FB tapi tak tahu lah sama atau tidak untuk sesi 2014/2015:  http://www.facebook.com/syafiqkechek

Ha ni pulak korang punya Fakulti. Credit kepada tuan punya gamba, Wong 

Dari pengalaman sebagai pelajar dalam bidang ni, hampir semua subjek akan melibatkan aktiviti luar. Pada mulanya senior menyatakan semester 1 tak kan ada aktiviti luar. Di sebabkan bermulanya penggunaan skema pengajian yang baru untuk bidang kita ni. Semester 1 je dah berjalan keluar pergi field trip. Course lain semua JELES beb. Haha

Dan masa ni lah korang akan membina pelbagai kebolehan dan mendapat pelbagai kelebihan. Dari segi fizikil tak penting mana pun untuk course ni. Saya ni kecik molek je ha, boleh je survive :p 

Gambar semasa melawat di Kuala Selangor Nature Park

Gambar di petik oleh saya di Teluk Pelanduk, Port Dickson. Nogori Sombilan.
:)
Dan akhir sekali, mesti korang nak tahu lebih lanjut pasal bidang pekerjaan berkaitan dengan course ni kan. 
Boleh lah rujuk dengan klik dekat sebelah ni bidang kerja. Tapi banyak lagi bidang kerja lain, korang boleh rujuk jugak kat link sebelah ni. klik sini. 

Yang paling senang kalau orang bandor kata jadi petani moden. Tapi bukan tanam tanam ha  Haha *berbangga lah beb, korang bakal menjana ekonomi negara. Dengan perancangan kerajaan dalam bidang akuakultur ni pun semakin meningkat dan di tekankan. Contohnya, projek Akuakultur dalam ECER.


 Gamba masa muka budak budak lagi meh HAHA (Semester 1)
Lelaki-lelaki handsome dalam course Aquaculture Batch 2013/2014 HAHA
Coursemate semasa di Hutan Simpan Puchong, UPM

Sampai di sini jelah perkongsian kali ni.
Apa pun jika ada sebarang pertanyaan boleh lah terus rujuk ke akaun laman sosial aku yang link nya kat atas tadi tu. Sekian, terima kasih.