Wednesday, 9 January 2013

Asasi Sains Pertanian,UPM (ASPER)


Assalamualaikum.
Post yang seterusnya Menjurus pada ASASI SAINS PERTANIAN,UPM atau di kenali sebagai ASPer.
Saya berminat post pasal ASPER ni sebab ramai lagi pelajar-pelajar lepasan SPM tidak tahu yang sebenarnya apa itu ASPer.Haish !! Kebanyakan fikirannya pasti meleset dengan pertaniankan.Rasa mcam nak sepak je budak-budak yang fikir macam tu.grr~
Haish !!  Semestinya pendapat tu salah.Asasi Sains Pertanian ini sebenarnya sama saja dengan asasi-asasi yang lain macam PASUM(UM), PALAM(UiTM), dan program-program matrikulasi yang biasa kita tahu.

Jadi jangan risau tentang masa hadapan anda untuk masuk degree nanti sebab korang boleh nak pilih apa-apa course yang korang minat dan TIDAK TERIKAT langsung dengan pertanian. Tapi kalau nak mintak pertanian agak digalakan ye anak-anak.

So bagi nak menerangkan lagi pasal ASPer ni, marilah kita lihat gambar dan fakta-fakta tentang ASPer ni :

Di ASPer kita akan mempelajari bende ini semua ye :

  • Biology
  • Chemistry
  • Pyhsics
  • Agriculture
  • English
  • Mathematic
Seperti yang saya cakaplah kan ASPer ni ada pertambahan subjek Agriculture je dalam pembelajaran.Yang lain, sama je macam asasi lain. Ini satu kelebihan, sebab kita dapat tambahkan ilmu pasal pertanian. Bukan susah pon subjek Agriculture ni rata-rata pelejar yang amik agriculture semua A.Hoho



Ini gambar apa yang kita belajar nanti ye anak-anak :)
Korang akan belajar selama 3 sem tetapi dalam masa setahun.Korang akan dibekalkan dengan wang biasiswa sebanyak RM1200 untuk 1 sem dan 1sem dalam 4 bulan. Cukup sangat kalau untuk duit makan.

Di mana agaknya korang akan menginap ek? Bermula dari tahu 2010 tak silap saya, semua pelajar ASPer ni dah di satukan tempat penginapan.Pelajar akan duduk di kolej 13. Kolej 13 ni strategik jugaklah kan sebab dekat dengan tempat rekreasi dan dekat dengan jalan keluar UPM haha.

Kelebihan korang duduk Kolej 13 ni adalah korang akan bercampur dengan pelajar degree dan master.Jadi korang mudah untuk mengadaptasi kehidupan korang bila dah degree nanti.Lagi satu bila dah rapat dengan budak-budak degree ni macam-macam lah nanti korang dapat.Macam buku-buku lama atau soalan-soalan exam asasi lepas-lepas.Sebab majoriti pelajar degree kolej 13 memang berasal dari pelajar asasi.

Ha ni lah kolej 13.
Ha yang ni pulak Bilik Kediaman pelajar. Satu bilik 7 orang tapi luaskan.
Korang akan diberikan mengikut patisyen jangan risau sangat selesa beb :)
Ha ni pengangkutan  yang korang akan naik hari-hari untuk pergi kuliah.
Bas disediakan setiap hari jangan risau ye..
Nak tahu lebih lanjut pasal kolej 13 boleh lah klik kat sini Kolej 13.

Ada jugak bebudak tanya OK KE BELAJAR dekat ASPer tu?
ha kat sini nak habaq, semuanya terpulang pada diri masing-masing.
Kat sini belajar senang je 18 kredit je setiap hari mungkin hanya ada 2-3 kelas je.Purata sekali kuliah biasanya 2 jam paling lama.Kalau lab tu memang 3 jam.Lagi satu kuliah TIADA pada hari sabtu ahad. HAHA 

Pensyarah pun baik-baik,Kebanyakan pensyarah yang akan korang kenal semuanya ada taraf Prof Madya, Dr. dan paling rendah pon master.Yang bestnya markah dan soalan semuanya dia yang buat sendiri jadi kalau baik dengan Prof tu memang beruntunglah dan berkumungkinan satu kuliah akan diberikan soalan-soalan spot dari Prof tu sendiri untuk exam.Jadi tak payah pening-pening pasal belajar.Mana ada belajar yang senang. Nak berjaya kenelah usaha.huhu.

Lagi satu belajar kat ASPer ni best sebab pelajar tidak ramai.Paling ramai pun 700 orang.Tidak seperti Asasi yang lain, Mereka mempunyai bilangan yang terlalu ramai so susah nak kenal.

Macam mana pulak dengan degree nanti?Banyak peluang tak?Banyak course tak ditawarkan?
Sebenarnya melambak-lambak course yang korang boleh amik nanti masa degree.Tengok jelah korang dekat laman web UPM tu,boleh klik sini ProgrammesCourses.

Dan kelebihan korang lagi ialah korang dah KOMPEM terjamin masuk UPM bila degree nanti. Kelayakan korang untuk masuk degree nanti pun hanya dilihat mengikut syarat minimum sahaja.Jangan risau serendah-rendah pointer anda dekat ASPer korang tetap didahulukan dari pelajar matrikulasi.

Macam mana pulak nak beli buku??
Ha jawapannya pergilah flat ikan. Flat ikan???err~
Haha flat ikan ni kawasan kedai-kedai photostet,print dan sebagainya. Kat sini memang penuh setiap hari, pelajar degree,master,phd rata-rata semua beli keperluan kat sini. Kat sini koranga akan beli buku-buku keperluan korang.Tapi kat sini nak ajar korang beli lah buku yang dah siap di photostet dekat kedai photostet berdekatan kedai buku tu.Jimat sikit sebab harga asal buku mahal baik photostet dah jimat kos.Berbaloi beb.HAHA


Ni contoh-contoh buku yang dah siap photostet, jimat!!

Ni pulak pintu masuk ke Flat ikan dari UPM , pintu ni berdekatan dengan Fakulti  Alam Sekitar.

Ha kedai yang first tu lah yang jual buku-buku photostet. :)

Ha UPM  ni teramat dekatnya dengan shoping complex macam Mines. Selain tu UPM ni pun dekat sangat untuk ke KTM Serdang. Mudah lah untuk kemana sahaja,dari KTM Serdang korang boleh pergi Midvelly,Terminal bas Selatan dan macam-macam lagi. HAHA

Peljar ASPer jugak macam pelajar-pelajar degree jugak korang nak keluar hari-hari pun boleh.Tidak terikat langsung dengan apa-apa syarat. Cuma janganlah sampai lewat malam sebab pukul 12 malam pintu pagar ke kolej kediaman tutup.HOHO

Hurm kat sini adalah sikit gambar-gambar sekitar UPM nie memang best. 


Nie lah sebabnya aku cakap UPM cantik, gambar ni dekat kawasan bukit expo hadapan dengan kolej 13.

Nie pulak kawasan ladang buah-buahan.

Ha ni tempat pejalan kaki bukit expo lawa kan?

Kawasan masjid UPM pun lawa ma!!

Untuk pengetahuan UPM juga adalah laluan untuk binatang nie lalu tau , Bukit expo nie memang best lah untuk melepak tenangkan fikiran.

:)

Ha UPM ada Sawah padi taw. Ni nak bagi tau, yang bestnya ASPer nie korang setiap minggu akan buat amali pertanian, ini hanya untuk memperkenalkan kat korang pasal pertanian. Jadi setiap minggu korang akan pergi ke semua tempat pertanian dekat UPM nie memang best lah. Nanti korang dapatlah merasa mandi sawah x pun mandi kolam ikan . huhu

Ha ni lah salah satu bangunan pusat pentadbiran ASPer.

Ok sekian sahaja rasanya. Klik ASPer.untuk ke laman web ASPer.
Tu je lah kut kalau korang nak tahu.Tapi kalau ada pertanyaan tanya lah aku kat Facebook saya.
https://www.facebook.com/SyafiqKechek.

Tuesday, 8 January 2013

First Post


Assalamualaikum,
Ini adalah kali pertama saya menulis, jadi maafkan saya jika saya tersilap.Budak-budak baru nak belajar menaip di blog ni.Jadi tegur-tegur lah saya jika ada kesilapan.
Jadi saya ingin memperkenalkan diri saya dulu.Nama saya Muhamad Syafiq Bin Zulkifle.Umur? tidak perlu saya rasa. Asal dari Johor Darul Ta'zim.Lahir di Kluang tetapi bermastautin di Mersing lebih dari 18 tahun.Anak sulung dari 4 orang adik beradik.Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing dan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar atau juga dikenali sebagai SBPI Mersing. Saya mempunyai perwatakan ceria dan berfizikal rendah.

Cukup lah mukadimah nie untuk " First Post " ni. Nak tahu lebih lanjut boleh lah melawat ke laman sosial saya.
Facebook : http://www.facebook.com/syafiqkechek