Wednesday 9 January 2013

Asasi Sains Pertanian,UPM (ASPER)


Assalamualaikum.
Post yang seterusnya Menjurus pada ASASI SAINS PERTANIAN,UPM atau di kenali sebagai ASPer.
Saya berminat post pasal ASPER ni sebab ramai lagi pelajar-pelajar lepasan SPM tidak tahu yang sebenarnya apa itu ASPer.Haish !! Kebanyakan fikirannya pasti meleset dengan pertaniankan.Rasa mcam nak sepak je budak-budak yang fikir macam tu.grr~
Haish !!  Semestinya pendapat tu salah.Asasi Sains Pertanian ini sebenarnya sama saja dengan asasi-asasi yang lain macam PASUM(UM), PALAM(UiTM), dan program-program matrikulasi yang biasa kita tahu.

Jadi jangan risau tentang masa hadapan anda untuk masuk degree nanti sebab korang boleh nak pilih apa-apa course yang korang minat dan TIDAK TERIKAT langsung dengan pertanian. Tapi kalau nak mintak pertanian agak digalakan ye anak-anak.

So bagi nak menerangkan lagi pasal ASPer ni, marilah kita lihat gambar dan fakta-fakta tentang ASPer ni :

Di ASPer kita akan mempelajari bende ini semua ye :

  • Biology
  • Chemistry
  • Pyhsics
  • Agriculture
  • English
  • Mathematic
Seperti yang saya cakaplah kan ASPer ni ada pertambahan subjek Agriculture je dalam pembelajaran.Yang lain, sama je macam asasi lain. Ini satu kelebihan, sebab kita dapat tambahkan ilmu pasal pertanian. Bukan susah pon subjek Agriculture ni rata-rata pelejar yang amik agriculture semua A.Hoho



Ini gambar apa yang kita belajar nanti ye anak-anak :)
Korang akan belajar selama 3 sem tetapi dalam masa setahun.Korang akan dibekalkan dengan wang biasiswa sebanyak RM1200 untuk 1 sem dan 1sem dalam 4 bulan. Cukup sangat kalau untuk duit makan.

Di mana agaknya korang akan menginap ek? Bermula dari tahu 2010 tak silap saya, semua pelajar ASPer ni dah di satukan tempat penginapan.Pelajar akan duduk di kolej 13. Kolej 13 ni strategik jugaklah kan sebab dekat dengan tempat rekreasi dan dekat dengan jalan keluar UPM haha.

Kelebihan korang duduk Kolej 13 ni adalah korang akan bercampur dengan pelajar degree dan master.Jadi korang mudah untuk mengadaptasi kehidupan korang bila dah degree nanti.Lagi satu bila dah rapat dengan budak-budak degree ni macam-macam lah nanti korang dapat.Macam buku-buku lama atau soalan-soalan exam asasi lepas-lepas.Sebab majoriti pelajar degree kolej 13 memang berasal dari pelajar asasi.

Ha ni lah kolej 13.
Ha yang ni pulak Bilik Kediaman pelajar. Satu bilik 7 orang tapi luaskan.
Korang akan diberikan mengikut patisyen jangan risau sangat selesa beb :)
Ha ni pengangkutan  yang korang akan naik hari-hari untuk pergi kuliah.
Bas disediakan setiap hari jangan risau ye..
Nak tahu lebih lanjut pasal kolej 13 boleh lah klik kat sini Kolej 13.

Ada jugak bebudak tanya OK KE BELAJAR dekat ASPer tu?
ha kat sini nak habaq, semuanya terpulang pada diri masing-masing.
Kat sini belajar senang je 18 kredit je setiap hari mungkin hanya ada 2-3 kelas je.Purata sekali kuliah biasanya 2 jam paling lama.Kalau lab tu memang 3 jam.Lagi satu kuliah TIADA pada hari sabtu ahad. HAHA 

Pensyarah pun baik-baik,Kebanyakan pensyarah yang akan korang kenal semuanya ada taraf Prof Madya, Dr. dan paling rendah pon master.Yang bestnya markah dan soalan semuanya dia yang buat sendiri jadi kalau baik dengan Prof tu memang beruntunglah dan berkumungkinan satu kuliah akan diberikan soalan-soalan spot dari Prof tu sendiri untuk exam.Jadi tak payah pening-pening pasal belajar.Mana ada belajar yang senang. Nak berjaya kenelah usaha.huhu.

Lagi satu belajar kat ASPer ni best sebab pelajar tidak ramai.Paling ramai pun 700 orang.Tidak seperti Asasi yang lain, Mereka mempunyai bilangan yang terlalu ramai so susah nak kenal.

Macam mana pulak dengan degree nanti?Banyak peluang tak?Banyak course tak ditawarkan?
Sebenarnya melambak-lambak course yang korang boleh amik nanti masa degree.Tengok jelah korang dekat laman web UPM tu,boleh klik sini ProgrammesCourses.

Dan kelebihan korang lagi ialah korang dah KOMPEM terjamin masuk UPM bila degree nanti. Kelayakan korang untuk masuk degree nanti pun hanya dilihat mengikut syarat minimum sahaja.Jangan risau serendah-rendah pointer anda dekat ASPer korang tetap didahulukan dari pelajar matrikulasi.

Macam mana pulak nak beli buku??
Ha jawapannya pergilah flat ikan. Flat ikan???err~
Haha flat ikan ni kawasan kedai-kedai photostet,print dan sebagainya. Kat sini memang penuh setiap hari, pelajar degree,master,phd rata-rata semua beli keperluan kat sini. Kat sini koranga akan beli buku-buku keperluan korang.Tapi kat sini nak ajar korang beli lah buku yang dah siap di photostet dekat kedai photostet berdekatan kedai buku tu.Jimat sikit sebab harga asal buku mahal baik photostet dah jimat kos.Berbaloi beb.HAHA


Ni contoh-contoh buku yang dah siap photostet, jimat!!

Ni pulak pintu masuk ke Flat ikan dari UPM , pintu ni berdekatan dengan Fakulti  Alam Sekitar.

Ha kedai yang first tu lah yang jual buku-buku photostet. :)

Ha UPM  ni teramat dekatnya dengan shoping complex macam Mines. Selain tu UPM ni pun dekat sangat untuk ke KTM Serdang. Mudah lah untuk kemana sahaja,dari KTM Serdang korang boleh pergi Midvelly,Terminal bas Selatan dan macam-macam lagi. HAHA

Peljar ASPer jugak macam pelajar-pelajar degree jugak korang nak keluar hari-hari pun boleh.Tidak terikat langsung dengan apa-apa syarat. Cuma janganlah sampai lewat malam sebab pukul 12 malam pintu pagar ke kolej kediaman tutup.HOHO

Hurm kat sini adalah sikit gambar-gambar sekitar UPM nie memang best. 


Nie lah sebabnya aku cakap UPM cantik, gambar ni dekat kawasan bukit expo hadapan dengan kolej 13.

Nie pulak kawasan ladang buah-buahan.

Ha ni tempat pejalan kaki bukit expo lawa kan?

Kawasan masjid UPM pun lawa ma!!

Untuk pengetahuan UPM juga adalah laluan untuk binatang nie lalu tau , Bukit expo nie memang best lah untuk melepak tenangkan fikiran.

:)

Ha UPM ada Sawah padi taw. Ni nak bagi tau, yang bestnya ASPer nie korang setiap minggu akan buat amali pertanian, ini hanya untuk memperkenalkan kat korang pasal pertanian. Jadi setiap minggu korang akan pergi ke semua tempat pertanian dekat UPM nie memang best lah. Nanti korang dapatlah merasa mandi sawah x pun mandi kolam ikan . huhu

Ha ni lah salah satu bangunan pusat pentadbiran ASPer.

Ok sekian sahaja rasanya. Klik ASPer.untuk ke laman web ASPer.
Tu je lah kut kalau korang nak tahu.Tapi kalau ada pertanyaan tanya lah aku kat Facebook saya.
https://www.facebook.com/SyafiqKechek.

28 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maaf, nk tny. Ada yg ckp, utk seseth subjek sains, kt UPM mcm kurang skit. Mcm mne 2?. & utk asasi sains, medik xleh ambik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya ni AsPer Batch 9 (2013/14) dan sya rsa subjek sains di upm setaraf je dgan mna2 universiti... lgi satu, slepas habis asasi sains pertanian, pelajar asper bleh memilih mna2 course yg ada dkat upm trmsuk medic, engineering, pure science, account... pendek kta, smua course bleh amik...

      Delete
  3. pernah sering berlaku apa-apa gangguan tak? contohnya macam kena buli or makhluk halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang menuntut sebagai pelajar asasi pada 2012 dan skrg masih sebagai pelajar ijazah UPM, alhamdulillah masih tiada apa-apa gangguan dan segala benda bentuk buli. Insha Allah jangan di risau :)

      Delete
  4. salam, kalau saya ambil asasi upm,ada biasiswa atau elaun tak semasa saya mengikuti program ni,macam matrik ade elaun kan?

    lagi satu...lepas dah tamat asasi boleh tak sy na ambil medic kat upm?..

    kemudian,kalau dah keluar result spm,n sy nak apply universiti laen.atau ke oversea...kalau saya punye result ok....boleh ke sy na keluar dari asasi tu..?ke kene bayar ape2...

    sorri bnyk tanye..n tq so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, ada elaun, (bantuan keewangan KPT *kut lebih kurang lah bunyiknya XD ) Sama je mcm matrikulasi.

      lepas tamat asasi, insha allah Confirm dapat sambung degree dekat UPM (xperlu isi upu). Course pulak suka hati lah nak amik apa. medic ke , engineering ke , pertanian ka? hoho. Tapi dapat information dari pelajar batch 1st, Fastrack, lepasan fastrack xboleh amik medic. x pasti kesahihannya .

      Yang pasal apply universiti luar tu x pasti sngt . tapi ada je pelajar batch aku yang pergi oversea dan ada jugak keluar ke universiti lain (IPTA tu x pasti lah sbb banyak keluar ke IPTS *kut hehe) . Pasal bayaran keluar ke ape tu semua pun x pasti.. hoho

      Delete
  5. salam ,nak tanya lecturer semua okay ker ?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay yang macam mana awak nak?
      Bagi saya, walaupon lecturer semua bertaraf Dr, Prof, tapi diorang mesra jeh. Just pandai ambil hati. Jadi student yang the best :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Medic upm kene 4 flat ke ? Or student asper 3.75 dh lepas dh buat medic kt situ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup 4flat. Sebabnya memang ramai nak apply medic nih. Bukan UPM cerewet. Tapi persaingan memang sengit sangat sesama korang. So terpaksa lah letak syarat yang tinggi. Plus band MUET pon kena tinggi jugak :)

      Delete
  10. Kalau dpt 8a3b+ spm bole x masuk asper skrg??(b+:bio fizik addmath)
    Lg satu subjek sains sume blaja dlm bahasa ape??

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Kalu dapat 4a4b1c

    Bm-A
    Bi-B
    Math- A-
    Add math-B+
    Sej- A+
    Bio-B+
    Kimia-B
    Pendi islam-A+
    Fizik-C+
    Layak tak untuk ambil asasi sains pertanian

    ReplyDelete
  15. Sy dpt SPM
    Bi-A
    BM-A-
    Mat-A
    Add mat-C+
    Bio-B+
    Chem-C+
    Physics-C+
    Sej-A+
    Pend islam-A
    B.Jepun-C
    Layak x utk ambil asasi pertanian?
    Sy ada apply utk semak semula.
    UPU asasi pertanian 1st choise.

    ReplyDelete
  16. Salam nak tanya,nnt belajar subjek fz bio chem dlam bahasa inggeris tak? Dan kalau tak sambung degree Kat upm boleh ke? Sbb nak amik dentistry. Thanks in advance.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Assslamualaikum .reply cepat tau.asper boleh ke engineer kan degree nnti .. masa dia tu bape lame? Same ke degree 3 tahun ?

    ReplyDelete
  19. Assslamualaikum .reply cepat tau.asper boleh ke engineer kan degree nnti .. masa dia tu bape lame? Same ke degree 3 tahun ?

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum. nak tanya, hahaha yg x ray film tu kena serahkan ke ? sbb hari tu buat med check up dkt upm. tkde plak dia bg xray film. dlm borang kata kena serahkan xray film. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  21. salam . nak tanya kak . sye skrg ni dlm kos kjutraan letrik . n nak sambung dkt upm . tapi sye x amik sub bio . sbb x de dlm silibes . cm ne ni ?

    ReplyDelete
  22. The 5 Best Casinos in Vegas - MapyRO
    The Best 원주 출장마사지 Casino in Vegas. 창원 출장샵 The 4 casino rooms have a 양산 출장안마 total of 40 slot machines, a table tennis, a bingo hall, 태백 출장마사지 and a bowling alley. 부산광역 출장안마 There are 19

    ReplyDelete