Assalamualaikum.
Post yang seterusnya Menjurus pada ASASI SAINS PERTANIAN,UPM atau di kenali sebagai ASPer.
Saya berminat post pasal ASPER ni sebab ramai lagi pelajar-pelajar lepasan SPM tidak tahu yang sebenarnya apa itu ASPer.Haish !! Kebanyakan fikirannya pasti meleset dengan pertaniankan.Rasa mcam nak sepak je budak-budak yang fikir macam tu.grr~
Haish !! Semestinya pendapat tu salah.Asasi Sains Pertanian ini sebenarnya sama saja dengan asasi-asasi yang lain macam PASUM(UM), PALAM(UiTM), dan program-program matrikulasi yang biasa kita tahu.
Jadi jangan risau tentang masa hadapan anda untuk masuk degree nanti sebab korang boleh nak pilih apa-apa course yang korang minat dan TIDAK TERIKAT langsung dengan pertanian. Tapi kalau nak mintak pertanian agak digalakan ye anak-anak.
So bagi nak menerangkan lagi pasal ASPer ni, marilah kita lihat gambar dan fakta-fakta tentang ASPer ni :
Di ASPer kita akan mempelajari bende ini semua ye :
- Biology
- Chemistry
- Pyhsics
- Agriculture
- English
- Mathematic
![]() |
Ini gambar apa yang kita belajar nanti ye anak-anak :) |
Di mana agaknya korang akan menginap ek? Bermula dari tahu 2010 tak silap saya, semua pelajar ASPer ni dah di satukan tempat penginapan.Pelajar akan duduk di kolej 13. Kolej 13 ni strategik jugaklah kan sebab dekat dengan tempat rekreasi dan dekat dengan jalan keluar UPM haha.
Kelebihan korang duduk Kolej 13 ni adalah korang akan bercampur dengan pelajar degree dan master.Jadi korang mudah untuk mengadaptasi kehidupan korang bila dah degree nanti.Lagi satu bila dah rapat dengan budak-budak degree ni macam-macam lah nanti korang dapat.Macam buku-buku lama atau soalan-soalan exam asasi lepas-lepas.Sebab majoriti pelajar degree kolej 13 memang berasal dari pelajar asasi.
Nak tahu lebih lanjut pasal kolej 13 boleh lah klik kat sini Kolej 13.
![]() |
Ha ni lah kolej 13. |
![]() |
Ha yang ni pulak Bilik Kediaman pelajar. Satu bilik 7 orang tapi luaskan. Korang akan diberikan mengikut patisyen jangan risau sangat selesa beb :) |
Ha ni pengangkutan yang korang akan naik hari-hari untuk pergi kuliah. Bas disediakan setiap hari jangan risau ye.. |
Ada jugak bebudak tanya OK KE BELAJAR dekat ASPer tu?
ha kat sini nak habaq, semuanya terpulang pada diri masing-masing.
Ok sekian sahaja rasanya. Klik ASPer.untuk ke laman web ASPer.
Tu je lah kut kalau korang nak tahu.Tapi kalau ada pertanyaan tanya lah aku kat Facebook saya.
https://www.facebook.com/SyafiqKechek.
Kat sini belajar senang je 18 kredit je setiap hari mungkin hanya ada 2-3 kelas je.Purata sekali kuliah biasanya 2 jam paling lama.Kalau lab tu memang 3 jam.Lagi satu kuliah TIADA pada hari sabtu ahad. HAHA
Pensyarah pun baik-baik,Kebanyakan pensyarah yang akan korang kenal semuanya ada taraf Prof Madya, Dr. dan paling rendah pon master.Yang bestnya markah dan soalan semuanya dia yang buat sendiri jadi kalau baik dengan Prof tu memang beruntunglah dan berkumungkinan satu kuliah akan diberikan soalan-soalan spot dari Prof tu sendiri untuk exam.Jadi tak payah pening-pening pasal belajar.Mana ada belajar yang senang. Nak berjaya kenelah usaha.huhu.
Lagi satu belajar kat ASPer ni best sebab pelajar tidak ramai.Paling ramai pun 700 orang.Tidak seperti Asasi yang lain, Mereka mempunyai bilangan yang terlalu ramai so susah nak kenal.
Macam mana pulak dengan degree nanti?Banyak peluang tak?Banyak course tak ditawarkan?
Sebenarnya melambak-lambak course yang korang boleh amik nanti masa degree.Tengok jelah korang dekat laman web UPM tu,boleh klik sini ProgrammesCourses.
Dan kelebihan korang lagi ialah korang dah KOMPEM terjamin masuk UPM bila degree nanti. Kelayakan korang untuk masuk degree nanti pun hanya dilihat mengikut syarat minimum sahaja.Jangan risau serendah-rendah pointer anda dekat ASPer korang tetap didahulukan dari pelajar matrikulasi.
Macam mana pulak nak beli buku??
Ha jawapannya pergilah flat ikan. Flat ikan???err~
Haha flat ikan ni kawasan kedai-kedai photostet,print dan sebagainya. Kat sini memang penuh setiap hari, pelajar degree,master,phd rata-rata semua beli keperluan kat sini. Kat sini koranga akan beli buku-buku keperluan korang.Tapi kat sini nak ajar korang beli lah buku yang dah siap di photostet dekat kedai photostet berdekatan kedai buku tu.Jimat sikit sebab harga asal buku mahal baik photostet dah jimat kos.Berbaloi beb.HAHA
![]() |
Ni contoh-contoh buku yang dah siap photostet, jimat!! |
![]() |
Ni pulak pintu masuk ke Flat ikan dari UPM , pintu ni berdekatan dengan Fakulti Alam Sekitar. |
![]() |
Ha kedai yang first tu lah yang jual buku-buku photostet. :) |
Ha UPM ni teramat dekatnya dengan shoping complex macam Mines. Selain tu UPM ni pun dekat sangat untuk ke KTM Serdang. Mudah lah untuk kemana sahaja,dari KTM Serdang korang boleh pergi Midvelly,Terminal bas Selatan dan macam-macam lagi. HAHA
Peljar ASPer jugak macam pelajar-pelajar degree jugak korang nak keluar hari-hari pun boleh.Tidak terikat langsung dengan apa-apa syarat. Cuma janganlah sampai lewat malam sebab pukul 12 malam pintu pagar ke kolej kediaman tutup.HOHO
Hurm kat sini adalah sikit gambar-gambar sekitar UPM nie memang best.
![]() |
Nie lah sebabnya aku cakap UPM cantik, gambar ni dekat kawasan bukit expo hadapan dengan kolej 13. |
![]() |
Nie pulak kawasan ladang buah-buahan. |
![]() |
Ha ni tempat pejalan kaki bukit expo lawa kan? |
![]() |
Kawasan masjid UPM pun lawa ma!! |
![]() |
Untuk pengetahuan UPM juga adalah laluan untuk binatang nie lalu tau , Bukit expo nie memang best lah untuk melepak tenangkan fikiran. |
![]() |
:) |
Ha ni lah salah satu bangunan pusat pentadbiran ASPer. |
Ok sekian sahaja rasanya. Klik ASPer.untuk ke laman web ASPer.
Tu je lah kut kalau korang nak tahu.Tapi kalau ada pertanyaan tanya lah aku kat Facebook saya.
https://www.facebook.com/SyafiqKechek.